Big Eyes Mei Tai adalah sejenis alat gendongan yang diadaptasikan dari alat gendongan (Mei Tai) yang berasal dari China. Mei tai adalah salah satu alternatif alat gendong buat bayi yang makin berat badannya selain pouch sling dan ring sling. Kelebihan menggunakan Mei Tai adalah dapat menampung berat badan bayi lebih dari 10kg (maksimum 15-18kg). Ia juga dapat mengurangkan tekanan di bahagian bahu, pinggang dan belakang ketika mengendong.
Amat selesa digunakan pada bayi yang meningkat berat badannya kerana mei tai menggunakan dua tali yang menampung bebanan di kedua-dua belah bahu pemakai berbanding dengan penggunaan sling yang hanya dapat menampung bebanan di sebelah bahu sahaja.
Amat selesa digunakan pada bayi yang meningkat berat badannya kerana mei tai menggunakan dua tali yang menampung bebanan di kedua-dua belah bahu pemakai berbanding dengan penggunaan sling yang hanya dapat menampung bebanan di sebelah bahu sahaja.
- Big Eyes Mei Tai berbentuk empat segi, mempunyai empat tali di setiap penjuru iaitu dua tali yang panjang dibahagian bahu dan dua tali yang pendek dibahagian pinggang. Ia direka agar dapat memberi lebih keselesaan kepada pemakai dan dapat mengurangkan tekanan di bahagian bahu,pinggang dan belakang semasa mengendong bayi
- Mempunyai headreasts iaitu dibahagian atas berbentuk 'curve' bertujuan dapat menyokong kepala buat bayi yang kecil dan untuk menyokong kepala bayi sekiranya bayi suka mendonggak.
- Saiz adalah standard sesuai digunakan dari dari bayi yang berusia 2bulan hingga 3tahun
- Keseluruhan Body Panel dilengkapi 'padding' (soft foam) untuk lebih selesa ketika mengendong.
- Juga padding dibahagian bahu (fibre polyester)
- Ukuran lebar tali dibahagian bahu dan pinggang di antara 3.5-4 inci.
- Panjang Strap bahu : 93inci
- Panjang Strap di bahagian pinggang : 70inci
- Ukuran body panel; Tinggi : 16inci / Lebar : 14inci
- Fabrik digunakan dari jenis 100% Cotton
- Mempunyai Sleeping Hood (untuk memberi sokongan dibahagian kepala ketika bayi sedang tidur)
- Mempunyai 3 posisi iaitu Front Carry, Back Carry dan Hip Carry
- Bagi posisi Back Carry, usia bayi yang paling sesuai 8 bulan keatas dibenarkan kerana ketika usia ini bayi sudah mulai tegap dan dapat mengimbangi kepala dan badan mereka dengan sendiri.
Headreasts boleh dilipat sekiranya bayi tidak memerlukan sokongan dibahagian belakang kepala.
Sleeping Hood : bertujuan untuk menyokong kepala bayi ketika tidur agar tidak terlentuk & boleh dibuka sekiranya tidak perlu diguna.
Padding diletakkan dibahagian kiri & kanan meitai bertujuan menambah keselesaan pada peha babyi sekiranya perlu digendong dalam tempoh yang panjang.
Big Eyes Mei Tai boleh dilipat kecil
**Perhatian : Ketika ingin membuat setiap posisi terutamanya Back Carry diingatkan agar-agar berhati-hati dan cuba minta BANTUAN dari pasangan anda atau lakukan di tepi sofa atau katil dahulu bagi yang baru mencuba dan ingin lakukan sendiri kerana kami tidak akan bertanggungjawab dengan setiap kemalangan yang berlaku.
*HAPPY SHOPPING*
Untuk sebarang pertanyaan sila email
bigeyes_shop@yahoo.com
Shada
Owner and Maker
Bigeyesshop - proudly handmade