POUCH SLING : Wearing Instructions


Big Eyes Pouch Sling
  • Menggunakan 100% kain cotton.
  • Printed cotton yang berkualiti
  • Pouch Sling lebih sesuai digunakan dari usia baby dan mampu menampung berat bayi sehingga 13kg.
  • Pouch Sling adalah antara alat gendongan yang paling mudah digunakan. 
  • Tidak perlu adjust tetapi kena tahu size yang sesuai untuk tubuh badan pemakai.
  • Mudah dipakai dan senang memasukkan dan mengeluarkan baby dengan pantas (perlu sentiasa practise)
  • Pouch Sling mempunyai ukuran dari XS hingga L (24inci - 25inci).
  • Pastikan anda memberi ukuran yang betul kerana dengan ukuran yang tepat dapat memberi keselesaan buat pemakai ketika mengendong bayi
  • Big Eyes Pouch Sling dilengkapi dengan LEG PADDING iaitu span lembut diletakkan dibahagian tengah, antara kiri kanan bawah pouchsling bagi memberi lebih keselesaan di bahagian peha bayi. 
  • Selain berfungsi sebagai alat gendongan ia juga boleh digunakan sebagai selimut ketika bayi sedang tidur atau nursing cover semasa menyusukan bayi.
  • Pouch Sling hanyalah sehelai kain yang mudah dilipat kecil untuk simpan di dalam beg bayi anda





1. CARA MENGUKUR 
  • Letakkan pita pengukur betul-betul di tulang bahu
  • Tarik pita pengukur secara bersilang hingga ke bahagian tulang pinggul iaitu bawah sikit dari pinggang
  • Pastikan semasa mengukur, pita ukur jangan terlalu longgar atau tegang...umpama seperti tukang jahit mengukur dibadan anda
  • Cuba ukur beberapa kali untuk dapatkan ukuran yang tepat
  • Ukuran yang tepat dapat memberi keselesaan kepada anda yang memakainya.

SIZE POUCH SLING
XS - 22 inci (Angaran berat pemakai : 40kg- 45kg)
S   - 23 inci (46kg - 54kg)
M  - 24 inci (55kg - 64kg)
L   - 25 inci (65kg - 75kg)



# Sekiranya anda tidak ada pita pengukur, anda boleh mencuba alternatif lain seperti tali atau benang selepas itu baru ajukan ke pembaris untuk mendapatkan ukuran yang tepat.


2. Leg Padding
Fungsi Leg Padding : Span lembut diletakkan di bahagian tengah, di antara kiri kanan bahagian bawah pouch sling bagi memberi lebih keselesaan di bahagian peha bayi 


Big Eyes Pouch Sling mempunyai beberapa posisi, sesuai untuk baby yang berusia dari 6bulan ke atas (berat maksimum 13kg)



3. Cara untuk memakai Big Eyes Pouch sling:
  • Sila lihat gambar di bawah, Pouch sling hendaklah dilipat kepada dua.
  • Bahagian yang boleh dibuka, hendaklah di arahkan KEATAS.
  • Pastikan kedudukan tulang atau cantuman jahitan sentiasa berada di bahagian tengah badan anda kerana dibahagian inilah terletaknya kedudukkan punggung bayi.
  • Sentiasa pastikan pouch sling meliputi keseluruhan bahagian belakang badan bayi



BACK CARRY
  • Posisi ini sesuai untuk bayi yang berusia 10bulan ke atas. 



  • Ibu perlu berhati-hati ketika membuat posisi, sentiasa pastikan pouch sling meliputi keseluruhan bahagian belakang badan bayi . 



  • Posisi ini membolehkan ibu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk melakukan kerja-kerja rumah.









Bayi akan berasa gembira, selamat dan kurang menangis di dalam dakapan ibu



*PERHATIAN,
KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU KECUAIAN DARI PIHAK ANDA.
SILA PASTIKAN SETIAP JAHITAN, BUCKLE (SSC) BERADA DI DALAM KEADAAN BAIK SEBELUM MEMAKAI  ALAT GENDONGAN 

-SEKIRANYA ADA JAHITAN YANG TERTETAS BOLEH HANTAR/POS KEPADA KAMI UNTUK DIPERBAIKI (HANYA BRAND BIG EYES SHOP SAHAJA)